Categories
SELANGOR

Jambatan persimpangan bertingkat Cloverleaf dibuka sementara

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 8 SEPT: Jambatan di Persimpangan Bertingkat Jenis Cloverleaf dibuka buat sementara waktu bermula, semalam.

Seksyen Media dan Pengurusan Krisis PKNS dalam kenyataan berkata, pembukaan sementara itu bagi melaksanakan kerja menaik taraf jalan susur keluar masuk persimpangan di KM P2.2 Lebuhraya Sambungan Putrajaya.

“Ia bagi memberi laluan dan penyuraian trafik dengan kerja dijangka siap sepenuhnya, pada awal 2018,” katanya.

Difahamkan kerja menaik taraf itu akan dijalankan secara berfasa iaitu di jalan susur keluar masuk 1 dan 2 bagi fasa pertama.

Manakala, jalan susur keluar masuk 3 dan 4 bagi fasa kedua.