Categories
NASIONAL

Jambatan Sultan Yusuf di Teluk Intan tutup 4 bulan lagi

IPOH 2 SEPT: Jambatan Sultan Yusuf di Teluk Intan ditutup empat bulan lagi untuk membolehkan kerja-kerja mengukuhkan jambatan dijalankan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, penutupan itu berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh mengkompromi integriti struktur dan menjejaskan keselamatan jambatan berkenaan.

“Penutupan ini dijangka berlanjutan selama empat bulan untuk membolehkan kerja-kerja memperkukuhkan jambatan dijalankan.

“JKR amat kesal dengan kesukaran yang terpaksa dialami oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat daripada kerja-kerja yang terpaksa dilaksanakan ini demi keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya semua pihak diminta mematuhi arahan tanda keselamatan yang sedia terpasang di tapak bina jambatan tersebut.

Katanya, maklumat lanjut boleh merujuk kepada Pejabat Jurutera Daerah Hilir Perak di talian 05-6221166 atau melalui Facebook di JKR Hilir Perak atau Twitter@JKR_HilirPerak atau JKR Perak atau Twitter@JKR Perak.

=EZY=