Categories
KENYATAAN MEDIA

Kesihatan Anwar terkawal, ucap terima kasih atas sokongan

OLEH: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil. Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal.

Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau.

Bagi pihak saudara Anwar dan keluarga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan saudara Anwar.

Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita (“change is imminent”), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan Rakyat pada PRU14 kelak, inshaAllah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
20 September 2017