Categories
AGAMA BERITA UTAMA SELANGOR

Mohammad Adib dilantik Ketua Hakim Syarie Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Mohammad Adib Hussain, 49, sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor, di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 3 Julai lalu dibuat mengikut Seksyen 56 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Sultan Sharafuddin yang berangkat mencemar duli dalam majlis itu turut melantik Saarani Ismail, Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Mohd Amran Mat Zain sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

WATIKAH HAKIM SYARIE (1)Turut menerima pelantikan ialah Zulfikri Yasoa dan Abdul Shukor Abd Hamid selaku Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Seramai tujuh orang pula dilantik baginda sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor iaitu Mohd Husni Mohd Said, Mohd Syafiq Ibrahim, Rashidah Sapingi @ Shafie, Mohd Taufik Kamarudin, Mazrul Anis, Siti Aminah Kamal dan Noranizan Mohd Sufian.

Manakala Naseha Omar, Nurzihidaya Musleh, Zuraida Hamzah dan Muhammad Faizal Abdullah pula menerima pelantikan sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Dato’ Dr Ahmah Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.