Categories
SELANGOR

Ketua Hakim Syarie ikrar jalan tanggungjawab penuh amanah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Hussain berikrar akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan penuh telus dan adil demi manfaat rakyat, agama juga negeri.

Mohammad Adi, 49, merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan memyerahkan watikah pelantikan itu dalam majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

WATIKAH HAKIM SYARIE (4)“Sebagai pelaksana undang-undang dan hamba Allah SWT, kita tidak bebas dan tidak boleh lari daripada sebarang peraturan ditetapkan.

“Kita di dalam Jawatankuasa Shariah Selangor ada pelan strategi bagi 2016 hingga 2020 dan apa akan saya corakkan berpandu kepadanya,” katanya kepada media.

Beliau berkata, fokus adalah kepada penyelesaian kes sudah ditetapkan seperti perceraian dan yang berkaitan.

Selain Mohammad Adib, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, tujuh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan empat Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor.