Categories
EKONOMI

Ringgit diniagakan 4.1880/1910 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 25 SEPT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, serta beberapa mata wang lain berikutan sokongan sederhana bagi mata wang tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1880/1910 berbanding dolar daripada 4.1960/1000 yang direkodkan pada Khamis lalu.

Pasaran ditutup pada Jumaat kerana cuti umum, Awal Muharam.

Unit tempatan itu juga sedikit tinggi berbanding euro, berikutan ketidaktentuan politik di Jerman.

“Ringgit juga sedikit meningkat berikutan kenaikan harga minyak global,” kata peniaga berkenaan yang turut menambah komoditi berkenaan mulai pulih sejak Julai lalu, memberi manfaat kepada negara pengeksport minyak termasuk Malaysia.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.7243/7273 daripada 3.7308/7353 pada Khamis dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9963/0003 daripada 4.9987/9039.

Bagaimanapun, nota tempatan itu susut kepada 3.1101/1132 berbanding dolar Singapura daripada 3.1052/1090 dan berbanding pound British, ia susut kepada 5.6664/6717 daripada 5.6617/6679, sebelumnya.

SUMBER: BERNAMA