Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran permintaan baharu terhadap mata wang tempatan.

Ia ekoran peserta pasaran memberi tumpuan kepada data inflasi Ogos di AS yang akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

Pada jam 9 pagi tadu, unit tempatan disebut pada harga 4.1970/2000 berbanding dolar dari 4.2040/2070 penutup, semalam.

Peniaga berkata, data inflasi AS boleh memberi petunjuk kepada rancangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1140/1176 dari 3.1129/1165 penutup Khamis dan turun berbanding yen kepada 3.8089/8126 dari 3.8069/8100.

Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 5.6177/6230 dari 5.5510/5553 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.9982/0030 dari 5.0007/0051.

*Sumber: BERNAMA