Categories
SUKANKINI

Sukan Para ASEAN: Malaysia sasar 40 pingat emas

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang membuka tirainya bermula 17 hingga 23 September ini.

Pengurus pasukan, Mohd. Zarrawi Ravi Abdullah berkata, kem olahraga yang terdiri daripada 72 atlet sudah bersedia untuk membantu menyahut sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan bagi kontinjen negara.

Katanya, beliau mahu mengatasi pencapaian di Singapura yang mengumpul 27 pingat emas keseluruhannya, dua tahun lepas.

PARA ASEAN1“Kali ini kita tampilkan 24 atlet muda yang pertama kali wakili negara. Mereka berada pada tahap terbaik dan persiapan untuk atlet muda kita sudah buat sejak dua tahun lalu.

“Saya harap dengan adanya atlet yang sudah berpengalaman dan atlet baru ia dapat menyumbang kepada pungutan pingat yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar Kita Juara Para ASEAN, di sini hari ini.

SUMBER: BERNAMA