Categories
GLOBAL

Taufan Doksuri: Ribut terkuat sedekat landa Vietnam, 79,000 berpindah

GLOBAL 16 SEPT: Taufan Doksuri membawa angin kencang dan hujan lebat di bahagian tengah Vietnam semalam.

Beberapa pegawai berkata, Taufan Doksuri merupakan ribut paling kuat yang melanda Vietnam dalam tempoh satu dekad, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pokok-pokok tumbang, manakala pihak berkuasa tempatan memotong bekalan elektrik di beberapa kawasan bagi mengelakkan kemalangan ketika ramai penduduk masih berlindung di kediaman mereka.

“Anak-anak saya berada di rumah. Saya membeli mi segera yang mencukupi untuk menjadi bekalan keluarga saya,” kata penduduk bandar Nge An berumur 58 tahun, Nguyen Thi Hue.

DOksuriRibut itu mencatatkan angin selaju 165 kilometer sejam sebelum sampai ke kawasan pantai pagi semalam, demikian menurut laporan Balai Cerap Hong Kong.

Seorang penduduk maut di wilayah Hue selepas dia dihanyut­kan ke sebatang sungai ketika hujan lebat melanda kawasan itu, demikian menurut laman web pemerintah tempatan.

Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun pula cedera selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat.

Lebih 79,000 orang dipindahkan di empat wilayah yang dijangka paling teruk dilanda Taufan Doksuri, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam.

DOksuriPihak berkuasa turut mengarahkan semua bot dan penduduk untuk berada di daratan.

“Semua wilayah ini akan memberi tumpuan untuk memindahkan isi rumah selebihnya bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” kata Menteri Pertanian, Nguyen Xuan Cuong kepada saluran Televisyen Vietnam.

Menurut pemerintah, seramai 250,000 anggota tentera bersiap sedia bersama sejumlah kende­raan dan bot untuk menghadapi bencana taufan kali ini.

=EZY=