Categories
GLOBAL NASIONAL

Taufan Maria: 70,000 diarah pindah

GLOBAL, 23 SEPT: Kira-kira 70,000 penduduk diarah berpindah selepas empangan di Puerto Rico gagal menampung air susulan Taufan Maria.

Dengan angka kematian meningkat kepada 33 di seluruh Caribbean, pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, di sini mengeluarkan amaran banjir kilat bagi penduduk di sepanjang Sungai Guajataca.

Katanya, empangan yang dibina pada 1929 itu berada dalam keadaan bahaya.

“Semua kawasan sekitar Sungai Guajataca perlu dikosongkan sekarang. Nyawa penduduk dalam bahaya.

“Banjir sudah pun bermula di hilir,” katanya.

Setiausaha Keselamatan Awam, Hector Pesquera berkata, saluran yang selalunya membebaskan aliran air dari empangan itu dalam bentuk terkawal, sudah pecah dan menghanyutkan sebahagian besar tanah dari lereng empangan.

*Sumber: AFP dan BHOnline