Categories
NASIONAL

Zuraida terus dihalang masuk Sarawak

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sekali lagi dihalang masuk ke Sarawak, sebentar tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu menyaksikan permohonan Ketua Wanita KEADILAN terbabit ditolak menerusi pengeluaran satu notis pemberitahuan.

“Notis ini dikeluarkan kepada tuan untuk makluman sejajar kehendak Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63, Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada pihak tuan untuk memasuki Negeri Sarawak.

“Pas itu diperlukan untuk tuan memasuki negeri ini selaras kehendak Seksyen 66 Akta yang sama,” katanya.

Notis itu disahkan dan ditandatangani Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Madzali Sulaiman.