Categories
EKONOMI GLOBAL

United Tech beli Rockwell Collins RM128 bilion

NEW YORK 5 SEPT: Pembekal aeroangkasa, United Technologies Corp (UTC) menandatangani perjanjian bernilai AS$30 bilion (RM128 bilion) untuk membeli pembuat rekaan dalaman dan avionik, Rockwell Collins Inc, kata syarikat itu pada Isnin.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan perjanjian itu mengukuhkan kemampuan UTC dengan pembuat pesawat untuk membina antara komponen pesawat pertahanan dan awam terbesar di dunia.

Syarikat yang berpangkalan di Farmington, Connecticut itu akan membayar AS$140 (RM560) sesaham untuk Rockwell Collins, iaitu antara AS$93.33 (RM398.5) secara tunai dan AS$46.67 (RM199.3) dalam saham, menurut syarikat.

The sun shines on the Rockwell Collins headquarters in Cedar Rapids, Iowa, U.S., on Thursday, Aug. 7, 2008. Rockwell Collins, a maker of cockpit instruments and aviation electronics, plans to hire 1,300 engineers this year. Photographer: Gary Fandel/Bloomberg News
Photographer: Gary Fandel/Bloomberg News

Harga itu mewakili premium 17.6 peratus kepada harga saham AS$119 (RM508) Rockwell sebelum berita rundingan itu muncul pada 4 Ogos.

Saham Cedar Rapids, milik Rockwell Collins ditutup AS$130.61 (RM557) pada Jumaat. Pasaran AS ditutup pada Isnin untuk cuti Hari Buruh.

Nilai pengambilalihan menunjukkan nilai transaksi sebanyak AS$30 bilion, termasuk hutang Rockwell Collins dan jumlah nilai ekuiti AS$23 bilion (RM98 bilion).

UTC berkata ia merancang untuk membiayai bahagian tunai melalui penerbitan hutang dan wang tunai di tangan.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua syarikat berkata Rockwell Collins dan segmen sistem aeroangkasa UTC akan digabungkan untuk mewujudkan unit perniagaan baru bernama Collins Aerospace Systems.

=EZY=