Categories
GLOBAL

Angka korban kebakaran hutan Portugal meningkat kepada 45

PENACOVA PORTUGAL 18 OKT: Angka korban akibat kebakaran hutan di Portugal sejak Ahad lalu meningkat kepada 45 orang, manakala 71 lagi cedera dan 16 daripadanya cedera serius, sementara seorang lagi masih hilang.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam, Patricia Gaspar ketika memberitahu AFP berkata, antara mangsa yang maut, termasuk seorang bayi berusia sebulan.

“Kebanyakan mangsa terbunuh ketika berada di dalam kereta mereka, malah kami turut menjumpai mereka dalam rumah,” kata Datuk Bandar Oliveira do Hospital, Jose Carlos Alexandrino kepada stesen penyiar RTP.

Sementara itu, Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa, berkata: “Seluruh bandar kelihatan seperti bebola api yang dikelilingi api di setiap sudut”.

Kebakaran itu adalah yang kedua dalam tempoh empat bulan, selepas insiden pada Jun lalu yang mengorbankan 64 mangsa.

=EZY=