Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka pada 1,740.58 mata

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran serantau walaupun menerima petunjuk lemah daripada prestasi semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.53 mata pada 1,740.58 daripada 1,739.05 penutup Rabu.

Indeks itu dibuka 1.16 mata lebih tinggi, pada 1,740.21.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 106 berbanding 76, manakala 181 tidak berubah dengan 1,512 tidak didagangkan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 125.39 juta saham bertukar tangan bernilai RM28.04 juta.

*Sumber: BERNAMA