Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka lebih tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini susulan penyusutan semalam.

Ia ekorann kelemahan dolar AS yang dipengaruhi spekulasi perubahan dalam penerajuan Rizab Persekutuan negara itu.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.2310/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2370 penutup Rabu.

Peniaga berkata, kebimbangan berhubung pelantikan pengerusi baharu Rizab Persekutuan mengalih sentimen pelabur ke arah mata wang negara membangun, termasuk ringgit.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1101/1130 daripada 3.1055/1079, semalam dan lebih lemah berbanding yen, pada 3.7228/7265 daripada 3.7069/7105.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6128/6181 daripada 5.5902/5962 dan lebih rendah berbanding euro, pada 5.0002/0042 daripada 4.9817/9869.