Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi kepada 1,744.91

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, hari ini ekoran minat belian sederhana, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.92 mata kepada 1,744.91, berbanding penutup semalam iaitu 1,743.99.

Indeks dibuka 1.04 mata lebih tinggi kepada 1,745.03.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 101 berbalas 97, dengan 189 kaunter tidak berubah, 1,465 tidak didagangkan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 102.27 juta saham bernilai RM29.14 juta.

*Sumber: BERNAMA