Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi kepada 1,755.79 mata

KUALA LUMPUR 13 OKT: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini dengan aktiviti pemburuan saham murah di tengah-tengah prestasi bursa saham serantau yang bercampur-campur selepas prestasi semalaman yang hambar di Wall Street.

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.79 mata kepada 1,755.79 berbanding 1,754.00 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka dua mata lebih tinggi pada 1,756.00.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 142 berbanding 60, dengan 229 tidak berubah, 1,429 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 247.27 juta saham bertukar tangan bernilai RM42.44 juta.

SUMBER: BERNAMA