Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia: Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Selasa

SHAH ALAM 13 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama sehingga Selasa ini, di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

Jangkaan angin kencang dan laut bergelora itu termasuk kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) , Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).

AMARAN KATEGORI PERTAMA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) , Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.