Categories
NASIONAL

Mohamed Azmin: Musuh kita hanya Umno-BN

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan hanya Umno dan Barisan Nasional sebagai musuh untuk ditewaskan pada PRU-14.

Katanya, kehadiran rakyat pada Himpunan Rakyat Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrat menunjukkan mereka bersedia memberikan komitmen menyokong usaha ini.

“Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional.

“Saya menjangkakan kehadiran akan mendapat sambutan lebih besar pada malam ini.

“Kalau kita lihat sebelah petang ini pun dah menunjukkan komitmen mereka,” katanya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Mohamed Azmin yang tiba pada jam 6 petang sebelum itu meluangkan masa sekitar setengah jam di himpunan sebelum beredar untuk majlis lain di sebelah malam.

=EZY=