Categories
PBT SELANGOR

MPSepang tawar pengurangan kompaun

OLEH SABIRAH AZIZ

SEPANG, 23 OKT: Majlis Perbandaran Sepang menawarkan Kempen Bayaran Kompaun Tempat Letak Kereta, bermula 1 November hingga 30 November ini.

Menurut Facebook Pihak Berkuasa Tempatan itu, tawaran berkenaan bagi kesalahan kompaun letak kereta dan kompaun halangan dan lalu lintas sebanyak RM20.

Bayaran boleh dibuat di Kaunter Bergerak MPSepang secara berkala, mulai 1 November ini, pada setiap Isnin hingga Khamis di lokasi tertentu.

Kaunter akan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Antara lokasi terlibat ialah di Medan 88 (Depan BSN dan Maybank), Kosmopleks, Glomac (Depan Kedai Pelita), Jalan Teknokrat 5 (DHL) dan Lim Kok Wing.