Categories
NASIONAL

Pameran Auto show Malaysia menanti peminat automotif

OLEH SABIRAH AZIZ

SERDANG, 27 OKT: Pameran Auto show Malaysia 2017 menanti peminat industri automotif di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), pada 9 hingga 12 November ini.

Pameran anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) itu akan menjadi pameran kenderaan terbesar pernah diadakan di Malaysia dengan pembuat kereta berpeluang melancarkan dan mempromosikan model kereta baru mereka.

Selain itu, ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui sektor automotif selain pelbagai pengisian acara menarik untuk membina minat dan mendidik rakyat, terutamanya golongan belia dalam perkembangan industri automotif.

Selain itu, pelbagai program sampingan ditampilkan seperti Minggu Penjagaan Kereta, Pandu Uji Kenderaan 4×4, Karting Slalom, Himpunan Kelab-Kelab Permotoran dan konsert.

Bersempena dengan pameran tersebut, MAI juga menganjurkan KL International Automotive Symposium (KLIAS) 2017 yang merupakan landasan komuniti membincangkan dan berkongsi idea mengenai industri automotif.