Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2100/2150 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 OKT: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Ia dipengaruhi kebimbangan berhubung kemunculan semula kebarangkalian peningkatan kadar faedah AS yang mengalih minat pelabur kepada mata wang negara membangun, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut pada harga 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 semalam.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1091/1137 daripada 3.1080/1128 tetapi menokok berbanding yen kepada 3.7456/7503 daripada 3.7598/7653.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9947/5.0019 daripada 4.9817/9885 dan lebih lemah berbanding pound British pada 5.5761/5849 berbanding 5.5645/5728 Rabu.

SUMBER: BERNAMA