Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2310/2350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 24 OKT: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan peniaga kekal optimistik menjelang pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2310/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2390 Isnin.

Bagaimanapun, ringgit lebih lemah berbanding mata wang utama lain. Ia lebih lemah berbanding yen kepada 3.7330/7375 daripada 3.7174/7204 pada Isnin dan susut berbanding euro kepada 4.9748/9804 daripada 4.9709/9749.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1097/1133 daripada 3.1069/1103 Isnin dan lebih rendah berbanding pound British kepada 5.5887/5944 daripada 5.5771/5828.

SUMBER: BERNAMA