Categories
ALAM SEKITAR & CUACA BERITA UTAMA NASIONAL

AMARAN CUACA (BAHAYA)

Dikeluarkan pada : 08:00am pada 28 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) – Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) sehingga Rabu, 29 November 2017.

AMARAN RIBUT PETIR – Dikeluarkan pada : 08:30am pada 28 November 2017.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama dan Kuala Kangsar) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 28 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA