Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 02:50pm pada 08 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama dan Hulu Perak) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 8 November 2017.

 

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, Condore, Reef North & Layang-layang sehingga Khamis, 9 November 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman, Reef South, Reef North & Sulu dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu, 8 November 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) & Sabah (Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu, 8 November 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: METMALAYSIA