Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini ekoran kemunculan pemburuan saham murah susulan lantunan semalaman di Wall Street.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.16 mata, pada 1,722.27 dari 1,718.11 penutup Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.70 mata lebih kukuh, pada 1,720.81 jam 9 pagi.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 147 berbanding 74, manakala 168 tidak berubah dengan 1,466 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.

Sejumlah 85.30 juta saham bertukar tangan bernilai RM36.38 juta.

*Sumber: BERNAMA