Categories
KENYATAAN MEDIA

Gangguan bekalan air sementara di Shah Alam

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa beberapa kawasan di Shah Alam sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran henti tugas Rumah Pam Sunway Kayangan, Shah Alam yang terjejas dengan banjir kilat.

Segala usaha sedang dipergiatkan untuk membersihkan rumah pam dan peralatan serta menyambung bekalan elektrik bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada semua pelanggan di kawasan Sunway Kayangan, Subang Impian, Bukit Bayu, Sunway Suria dan Puncak Perdana.

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal di kawasan-kawasan terlibat. Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip: Tanker Nama Alamat) ke 15300.

Untuk maklumat dan status terkini mengenai gangguan bekalan dan tekanan air rendah ini, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas”

SYABAS menyesali segala kesulitan yang dialami pelanggannya di kawasan-kawasan ini.