Categories
GLOBAL

Jet Penggempur Tentera Mesir lancar serangan balas

KAHERAH 25 NOV: Pesawat penggempur tentera udara Mesir memusnahkan kenderaan yang digunakan dalam serangan masjid di Sinai dan lokasi dipercayai depot simpanan senjata dan peluru ‘pengganas’, kata seorang jurucakap tentera semalam.

Pesawat berkenaan memusnahkan beberapa kenderaan yang digunakan dalam serangan itu,” kata jurucakap, Tamer el-Refai.

Tambahnya, tentera turut ‘menyasarkan lokasi simpanan senjata dan peluru pengganas’.

Dalam kejadian semalam, sebutir bom meledak di masjid Rawda di wilayah Sinai Utara, Mesir, diikuti serangan bersenjata oleh beberapa penyerang ke arah jemaah yang cuba menyelamatkan diri.

Media rasmi melaporkan angka kematian kini mencecah 235 orang.

Masjid, yang terletak kira-kira 40 kilometer di barat ibu kota Sinai di Utara El-Arish.

SUMBER: REUTERS/AFP