Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Konvo: 2,278 graduan UNISEL dirai

OLEH SABIRAH AZIZ

KUALA SELANGOR, 4 NOV: Seramai 2,278 graduan daripada 69 program menerima skroll masing-masing sempena Majlis Istiadat Konvokesyen ke-12 Universiti Selangor (UNISEL) hari ini.

Ia merangkumi 975 graduan Diploma, 1,263 graduan Sarjana Muda, 18 graduan Sarjana dan 22 graduan Kedoktoran.

Majlis berlangsung selama tiga hari meliputi lima sidang bermula 4 hingga 6 November 2017 di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.

Disempurnakan Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Arshad Alhaj dengan diiringi PRO Canselor UNISEL, Dato’ Setia Anuar Masduki dan Tan Sri Ismail Adam.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL dan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebanyak tiga anugerah utama turut diberikan dalam istiadat itu termasuk Anugerah Canselor diterima Norazly Nordin

Sementara itu, Anugerah Pengerusi diberikan kepada T. Preyadarsni manakala Anugerah Naib Canselor dimiliki Lim Bao Man.

Selain itu, seramai empat graduan merangkul Anugerah Exco Pendidikan dengan masing-masing membawa pulang sijil, piala iringan dan wang tunai.

=EZY=