Categories
KENYATAAN MEDIA

Gangguan bekalan air serta rekanan air rendah sementara di Klang, K.Langat & K. Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah akibat masalah teknikal di Loji Rawatan Air SSP 2.

Segala usaha sedang dipergiatkan untuk menyelesaikan gangguan teknikal tersebut bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada semua pelanggan di kawasan terlibat seperti senarai di bawah:

 

KLANG
Seluruh Kawasan Perindustrian Bukit
Raja Glenmarie Cove
Seluruh Bandar Bukit Raja Bandar Puteri
Seluruh Setia Alam Bandar Putera 2
Seluruh Aman Perdana Taman Bayu Perdana
UiTM Puncak Alam Taman Sentosa
Seluruh Tok Muda Kg Budiman
Rantau Panjang Seluruh Meru
Telok Kapas Seluruh Kapar
Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 & 3 Telok Gong
Pelabuhan Utara Laguna Park
Tanjung Harapan Armada Putera
Kawasan Perindustrian Sultan
Mohamed Pulau Indah Fasa 1
Sungai Sireh Pulau Indah Fasa 2
Kawasan Perindustrian Sungai Puloh Kampung Pulau Indah
Bandar Bukit Tinggi 1& 2 Pulau Ketam
Bandar Botanik Kg Pendamar
Ambang Botanik Seluruh Pandamaran
Bayu Emas Taman Seri Andalas
Bandar Parklands

 

KUALA LANGAT

Batu 7, Sijangkang Tmn Sijangkang Jaya
Batu 8, Sijangkang Tmn Perwira
Batu 9, Kg Medan Tmn Seri Medan

 

KUALA SELANGOR
Puncak Alam Fasa 1, 2, 3 & 5 Puncak Bistari
Alam Suria Dataran Suria

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal di kawasan-kawasan terlibat. Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip: Tanker Nama Alamat) ke 15300.

Untuk maklumat dan status terkini mengenai gangguan bekalan dan tekanan air rendah ini, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas”

SYABAS menyesali segala kesulitan yang dialami pelanggannya di kawasan-
kawasan ini.