Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di Pulau Pinang menurun

GEORGETOWN, 10 NOV: Seramai 1,987 mangsa dari 486 keluarga masih ditempatkan di 16 pusat pemindahan banjir di negeri ini, berbanding 2,409, semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata, semua mangsa banjir ditempatkan sementara di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU), sehingga 8 pagi ini.

“Di SPU, 1,694 mangsa dari 375 keluarga masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan, manakala 293 mangsa membabitkan 111 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan di SPT,” katanya lapor BERNAMA.

Cuaca di Pulau Pinang cerah dan baik.

Pada 5 November lalu, hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas ekoran banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri itu meragut tujuh nyawa.