Categories
KENYATAAN MEDIA

Penambahbaikan perkhidmatan air di Gombak

Sebagai sebahagian usaha menambahbaikkan perkhidmatan air dan memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan kami di Gombak, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Gombakakan dilaksanakan pada 18 November 2017.

Beberapa kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bermula dari 8:00 pagi, sehingga 10.00 malam, pada tarikh tersebut.

Kawasan-kawasan terlibat adalah:

Bt 6 sehingga Bt 9, Gombak
Plaza Tol Gombak
Tmn Riwayah Sulaiman Jaya
Kg. Sg. Pusu
BMI (UNIKL)
UIAM
Sekolah Integrasi Gombak
Lorong Tokman
Kolej Vakasional Gombak
Kg. Desa Makmur
Kg. Tengah 1-7, Gombak
Bt 10- Bt 12, Gombak
Shell & Petronas Kg. Sg. Salak
MRR2 Karak

Kerja-kerja penggantian perkakasan ini merupakan sebahagian usaha menambahbaikkan perkhidmatan air dan memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan kami di Gombak.

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 18 November 2017.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air awal ke kawasan terlibat.

Kesabaran dan kerjasama semua pelanggan kami sepanjangpelaksanaan kerja-kerja berjadual ini amat dihargai.

Sila rujuk www.syabas.com.mydan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja penggantian perkakasan ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.