Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah 4.2300/2330 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 3 NOV: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Ia disebabkan permintaan lebih baik terhadap dolar AS susulan tinjauan optimistik Rizab Persekutuan ke atas ekonominya.

Pada jam 9.06 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2300/2330 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2320 jam 6 petang Khamis.

Peniaga berkata, minat pelabur beralih ke arah dolar AS susulan ulasan Rizab Persekutuan bahawa kegiatan ekonomi menunjukkan peningkatan pada kadar kukuh, sungguhpun gangguan berkaitan taufan yang melanda negara itu sebelum ini, selain peningkatan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan Disember.

“Melihat aspek teknikal, indeks dolar kekal bulis pada carta harian,” katanya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama, kecuali pound British yang mengukuh kepada 5.5227/5279 daripada 5.5967/6032 semalam.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1119/1152 daripada 3.1089/1115, turun berbanding yen kepada 3.7122/7154 daripada 3.7083/7113 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.9313/9365 daripada 4.9226/9273.

SUMBER: BERNAMA