Categories
AGAMA SELANGOR

LZS terima zakat 25 syarikat RM5.35 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 25 syarikat berjumlah RM5.35 juta.

SIRIM Berhad mendahului senarai syarikat yang menunaikan zakat perniagaan menyerahkan zakatnya berjumlah RM1.4 juta.

Diikuti SIRIM QAS International Sdn Bhd sebanyak RM934,372.10 dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang mengeluarkan zakat perniagaannya berjumlah RM746,295.78.

Manakala syarikat lain turut menyerahkan zakat perniagaan termasuklah Triplc Ventures Sdn Bhd sebanyak RM645,000.

Dalam majlis yang sama, LZS turut menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah RM289,550 bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di MAHSA Universiti.

Sementara itu, LZS turut menyerahkan bantuan perubatan kepada tiga penerima sebanyak RM93,000.

LZS turut meraikan penghargaan kepada syarikat korporat yang menyertai program ‘Kasihku Zakat Selangor’ sepanjang tahun 2017.

Untuk rekod, pada tahun ini, sumbangan agihan yang diterima daripada program ‘Kasihku Zakat Selangor’ berjumlah RM10.7 juta dengan penyertaan daripada 30 buah syarikat korporat termasuk individu.

=EZY=