Categories
AGAMA BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Bina 13 lagi masjid, kukuh institusi Islam di Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 3 DIS: Kerajaan Negeri merancang membina 13 masjid lagi, mulai Disember ini hingga tahun depan, ke arah pengukuhan institusi dan perpaduan umat Islam di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembinaan semua masjid di seluruh negeri itu, akan dijalankan secara berperingkat-peringkat berdasarkan perancangan dan kawasan ditetapkan, bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di negeri itu.

“Kerajaan Negeri merancang pembinaannya kerana masjid dan surau adalah institusi penting untuk menjamin perpaduan umat Islam di negeri ini.

“Ia juga menjadi benteng pertahanan untuk akidah ahli sunnah wal jamaah dan mendidik umat Islam supaya mengambil sikap sederhana juga tidak terjejas dalam aktiviti radikal dan ekstremisme.

“Selangor adalah negeri yang ‘multiracial’, ‘multi religious society’ maka penekanan ini harus diberikan dan masjid tempt terbik untuk melahirkan umat Islm sederhana,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah Masjid Putra Heights di Putra Heights d sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan mengekalkan lokasi asal pembinaan masjid di sini, berdasarkan permintaan penduduk yang mahu ia dibina di kawasan itu.

Katanya, isu terbabit sudah berlarutan sekian lama dengan tapak asalnya sudah diawartakan bagi pembinaannya tetapi terdapat usaha daripada pentadbiran negeri sebelumnya untuk menyerahdan menjual kepada pemaju.

“Kos pembangunan lebih kurang RM28 juta dan 50 peratus daripadanya dibiayai Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan (RM5 juta), Sime Darby Properties (RM1 juta) manakala selebihnya sumbangan ahli khariah di sini.

“Ia satu usaha amat baik dam mendapat sokongan Kerajaan Negeri kerana kita mahu pembinaan masjid bukan sahaja disumbangkan kerajaan tetapi juga ahli khariah melalui institusi wakaf yang kita perkasakan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, masjid itu dijangka siap dibina sepenuhnya menjelang 2020 dan memberi manfaaat kepada lebih 4,000 jemaah juga umat Islam di sini.

=EZY=