Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.0750/0800 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 DIS: Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal hari ini, berikutan jangkaan pasaran Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada awal 2018.

Pada jam 9.04 pagi, unit tempatan berada pada 4.0750/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0800 pada sesi penutup pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, BNM memberi bayangan kenaikan kadar semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) pada November, dengan menyatakan ia akan menimbang menyemak semula tahap akomodasi monetari ketika ini, memandangkan kekuatan keadaan makroekonomi global dan domestik.

BNM mengekalkan OPR pada tiga peratus sejak Julai 2016.

Sementara itu, ringgit, diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0324/0366 daripada 3.0317/0346 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.8346/8421 daripada 4.8304/8344.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.5947/6001 daripada 3.5965/5998 dan naik berbanding pound British kepada 5.4487/4570 daripada 5.4587/4639.

SUMBER: BERNAMA