Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.0840 / 0890 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 27 DIS: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, berikutan permintaan yang lebih lemah bagi nota tempatan.

Setakat jam 9.15 pagi, unit tempatan berada pada 4.0840 / 0890 berbanding dolar AS daripada 4.0830 / 0860 pada penutup semalam.

Peniaga berkata, beberapa pelabur memutuskan untuk mengumpul dolar AS di tengah-tengah dolar yang lebih lemah berikutan prospek pertumbuhan suram.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.0412 / 0456 daripada 3.0366 / 0402 semalam dan jatuh berbanding yen kepada 3.6046 / 6100 daripada 3.6031 / 6067.

Ringgit menurun berbanding euro kepada 4.8440 / 8512 daripada 4.8420 / 8472 dan lebih rendah berbanding pound British kepada 5.4611 / 4690 daripada 5.4561 / 4605.

SUMBER: BERNAMA