Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga tinggi berbanding Dolar AS

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 28 DIS : Ringgit diniaga lebih tinggi pagi ini berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan permintaan banyak bagi nota tempatan.

Setakat jam 9.10 pagi, unit tempatan berada pada 4.0740/0780 berbanding Dolar AS daripada 4.0840/0890 pada penutup semalam.

Peniaga berkata, pelabur berhati-hati terhadap Dolar AS selepas hasil Perbendaharaan AS turun, baru-baru ini.

“Tambahan pula, pasaran menjangkakan lebih banyak bank pusat utama mula mengurangkan rangsangan monetari tahun depan berikutan pertumbuhan ekonomi global yang lebih cepat,” katanya lapor BERNAMA.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.0389/0428 dari3.0412/0456 semalam dan naik berbanding Yen kepada 3.5980/6025 dari 3.6046/6100.

Ringgit menurun berbanding Euro kepada 4.8489/8549 dari 4.8440/8512 dan lebih rendah berbanding Pound British pada 5.4612/4674 dari 5.4611/4690.