Categories
EKONOMI

Ringgit mendatar berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 19 DIS: Ringgit mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan, berikutan peniaga tidak memasuki pasaran, menanti rang undang-undang akhir di AS bagi cadangan mengurangkan cukai korporat.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0800/0840 daripada 4.0800/0830 penutup semalam.

Dewan Perwakilan dan Senat AS dijangka mengundi rang undang-undang pada pertengahan minggu ini, sebelum ia diserahkan ke Rumah Putih bagi mendapatkan pengesahan Presiden Donald Trump.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0260/0297 daripada 3.0247/0280 semalam, dan turun berbanding yen kepada 3.6241/6283 daripada 3.6218/6255.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8075/8126 daripada 4.8095/8147 dan lebih lemah berbanding pound British pada 5.4558/4624 daripada 5.4456/4512.

SUMBER: BERNAMA