Categories
GLOBAL

Santa Barbara pula terbakar

AMERIKA SYARIKAT – Anggota bomba kini sedang bergelut menghalang api kebakaran di Santa Barbara yang merebak terlalu pantas sehingga menlajar ke lebih 50,000 ekar tanah.

Memetik media antarabangsa, kebakaran kelima terbesar dalam sejarah moden California itu setakat ini memusnahkan ratusan struktur dan hidupan di sepanjang laluannya.

Keadaan tersebut memaksa 35,000 penduduk berpindah keluar serta merta.

Angin Santa Ana, dibantu kelembapan sangat rendah, mendorong kebakaran Ventura County di atas sempadan Santa Barbara, sejak malam semalam.