Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, lapor BERNAMA.

Ia menyongsang penurunan semalam dirangsang sentimen pasaran positif dan kenaikan harga minyak dengan pembelian dilihat dalam saham utama, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,787.28, naik 4.58 mata, berbanding 1,782.7 penutup Selasa.

Indeks utama itu dibuka 3.09 mata lebih tinggi pada 1,785.79.