Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gas bocor di SSGP Petronas Lawas

SHAH ALAM, 10 JAN: Kawasan Saluran Paip Gas Sabah dan Sarawak (SSGP) di Long Luping, daerah Lawas di Bahagian Limbang, dilaporkan mengalami kebocoran gas, kira-kira jam 1.45 pagi tadi.

Pasukan respons kecemasan digerakkan juga dapat mengawal keadaan serta memaklumkannya kepada semua pihak berkuasa berkaitan, lapor Pejabat Hubungan Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan.

“Tiada impak ke atas masyarakat di sekeliling dan alam sekitar. Siasatan masih dijalankan,” menurut kenyataan pejabat itu, lapor BERNAMA.

Untuk rekod, SSGP sepanjang 512 kilometer itu mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak untuk diproses menjadi gas asli cecair (LNG) di Kompleks LNG Petronas bagi tujuan eksport.