Categories
PBT SELANGOR

Lebih 1,200 sertai Melawati Run

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JAN: Lebih 1,200 peserta menyertai acara larian ‘Melawati Run’ yang berlangsung semalam, di Lorong Sarawak, Taman Melawati.

Acara bertemakan ‘Run With The Environment’ itu adalah anjuran Kelab Rekreasi Taman Melawati dengan sokongan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Berdasarkan kenyataan di Facebook, acara yang berlangsung seawal jam 7 pagi itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Larian itu membabitkan jarak 15 kilometer (km) Terbuka Lelaki (18-45 tahun), Terbuka Wanita (18-40 tahun), Lelaki Veteran (46 tahun dan ke atas) serta Wanita Veteran (41 tahun dan ke atas).

Selain itu, turut diadakan acara santai’Fun Run’ (13 tahun dan ke atas) dan ‘Family Fun Run’ (dua dewasa dan dua kanak-kanak 4 tahun ke atas) dengan jarak masing-masing 7km.

Menariknya, acara itu turut disertai peserta dari dalam dan luar negara.

Antara hadiah ditawarkan adalah medal, trofi dan hamper.