Categories
SUKANKINI

JDT mudah jinakkan PKNP FC, Kelantan-Terengganu terikat 1-1

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dengan keputusan 3-0.

Jorge Pereyra Díaz terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-43 bagi memastikan pasukan tuan rumah selesa menuju ke bilik persalinan babak pertama.

Masuk babak kedua, Fadhli Shas menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi gol kedua pada mini ke-57

Natxo Insa melengkapkan kemenangan bergaya JDT menerusi jaringan pada minit pertama masa tambahan bagi kedudukan akhir 3-0.

Keputusan itu meletakkan JDT mendahului liga dengan enam mata selepas dua perlawanan sambil diekori Selangor yang hanya akan beraksi malam ini bertemu Melaka United.

Sementara dalam satu lagi perlawanan Kelantan dan Terengganu FC sekadar berkongsi satu mata selepas masing-masing terikat 1-1.

Kipre Tchetche mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol seawal minit pertama permainan sebelum Do Donghyun menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti.

Tiada tambahan jaringan sehingga tamat perlawanan dan ini merupakan gol ketiga Tchetche selepas dua perlawanan.

=EZY=