Oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan selamat kepada penganut agama Kristian di Selangor dan seluruh negara yang menyambut Hari Good Friday dan meraikan Hari Easter pada hujung minggu ini.
Easter mengingatkan kita untuk tidak sesekali putus harapan kerana ia bersangkut-paut dengan tingkat kepercayaan dalam beragama.
Negara kita sedang melalui hari-hari yang gelap, namun kita perlu berani berjuang demi harapan baru dalam minggu-minggu serta bulan-bulan yang mendatang.
Selangor adalah microcosm Malaysia yang mana budaya dan kepercayaannya adalah pelbagai dan harmoni.
Saya percaya, kepelbagaian kita adalah kekuatan kita. Kerajaan Negeri komited melindungi dan mempertahankan kepelbagaian ini daripada segala cubaan yang mahu meletakkan sempadan antara kita.
Saya mengucapkan selamat kepada semua yang meraikan Hari Easter.