OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 2 MAC: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Beheira, Mesir, hari ini.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia, di Kaherah menerusi talian +20237610013, +2012 00276388 atau menerusi e-mel di [email protected].
Berdasarkan laporan media, kereta api penumpang itu bertembung dengan kereta api barangan berhampiran stesen Kom Hamada di utara Beheira Governorate yang terletak hampir 164km dari Kaherah, pada Rabu.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 15 terkorban dan 40 lagi dilaporkan cedera dalam perlanggaran itu.
Memetik laporan Bernama, Wisma Putra merakamkan takziah yang mendalam kepada kesemua keluarga mangsa.