Antara Tips Panduan Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta daripada InfoSihat.Com
1. Meletakkan beg kerja atau fail penting di tempat duduk belakang, kerana ini boleh membantu atau memberi peringatan kepada kita sekiranya anak kita berada di tempat duduk belakang kereta.
2. Meletakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta.
3. Menjadikan pemeriksaan kereta sebagai rutin yang perlu dilakukan sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah, sudah pasti kita akan memastikan pintu berkunci, suiz elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.
4. Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), pemandu panduan elak tertinggal anak dalam kereta bertanggungjawab melakukan kiraan kepala (head-count) dan mempunyai senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut untuk mengelakan kemalangan yang tidak diingini.
5. Pastikan kunci kereta sentiasa berada ditempat yang selamat dan anak-anak kerana terdapat kes dimana kanak-kanak ini sendiri masuk ke dalam kereta tanpa disedari.
6. Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.