OLEH HAFIZAN TAIB
KUALA LUMPUR, 28 APR: Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Razali, di sini, kira-kira jam 9.05 pagi ini.
Ketua wanita KEADILAN itu bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Haniza Talha dan wakil Dato’ Menteri Besar, Alizan Isa (DUN Bukit Antarabangsa) hadir ke dewan bagi menyerahkan borang pencalonan untuk pilihan raya umum ke 14 (PRU14) ini.
Ketiga-tiga mereka diiringi penyokong dan jentera KEADILAN yang mula bergerak dari Masjid Jami’ul Huda, Ampang, dekat sini.
Di sepanjang perjalanan, penyokong melaungkan kata-kata, ‘KEADILAN menang, Hidup Zuraida, Hidup Azmin dan Hidup Haniza’.
=EZY=