Categories
SUKANKINI

Dua gol sendiri Roma bantu kemenangan 4-1 Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 5 APR: Barcelona tidak berdepan masalah menewaskan Roma, 4-1 di Nou Camp awal pagi tadi, pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Nasib nyata menyebelahi pendahulu La Liga itu apabila selesa mendahului 2-0, hampir 55 minit permainan hasil gol sendiri Daniele De Rossi (min-38) dan Konstantinos Manolas (min-55).

Gerard Pique menjadikan kedudukan 3-0, pada minit ke-59 selepas mudah menolak bola hantaran Luis Suarez.

Roma berjaya merapatkan kedudukan 3-1, pada minit ke-80 hasil haringan Edin Dzeko.

Selang tujuh minit kemudian, Suarez menambah derita Roma untuk gol keempat pasukan tuan rumah dan keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kredit Foto: UEFA Champions League