OLEH AFIX REDZUAN
GLOBAL, 9 APR: Real Madrid dan Atletico Madrid terpaksa berkongsi satu mata selepas kedua paskukan terikat 1-1 dalam ‘Madrid Derby’ pada aksi La Liga, semalam.
Tanpa jaringan pada babak pertama, Cristiano Ronaldo akhirnya meledak gol pertama, pada minit ke-53 menerusi rembatan kencang selepas menerima hantaran lintang Gareth Bale.
Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Anotine Griezmann menyamakan kedudukan 1-1 buat Atletico empat minit kemudian apabila tenang menolak bola ke gawang Real yang dikawal Keylor Navas.
Real terus mengasak bagi mencari gol kemenangan, bagaimanapun dikecewakan dengan ketangkasan Jan Oblak di gawang Atletico termasuk sepakan percuma ketua pasukan, Sergio Ramos yang berjaya ditepis keluar, pada minit ke-87.
Keputusan seri itu menyaksikan Atletico kekal di tangga kedua dengan 68 mata, sementara Real turun ke tangga keempat dengan 64 mata selepas dipintas Valencia yang mengumpul 65 mata.
Kredit Foto: La Liga